Celaru .



I want to fly far from this mess. Far far away. So that I won't get hurt by anyone or everyone.
So that I can be alone and start all with new.
So that Im fine and can day "Im fine, Im okay" all day long and all the time.
So that I won't cry that often.
So that I will not make other person hurt because of me. So that I can be alone...
\
Mana awak yang dulu?
Mana janji janji awak dulu?
Mana senyuman awak yang dulu dekat saya?
Awak kata awak sayangkan saya? Tapi semua tu hanya tipu. Saya tak sanggup dipermainkan begitu senang saja. Pedih hati saya. Pedih sangatt.

Terima kasih beri kasih sayang awak selama ni dekat saya.
Terima kasih selalu ambil berat tentang saya.
Terima kasih kerana tipu saya.
Terima kasih maki-maki saya.
Terima kasih atas semua jasa awak dekat saya.

Saya akan selalu ingat awak. Saya bukan seseorang yang mudah untuk melupakan seseorang dalam hidup saya terutama orang yang paling saya sayang. 

Saya rasa saya sangat bodoh sebab saya lebih percaya kan awak dari kawan-kawan saya. Kawan saya kata awak ni playboy. Tapi saya tetap dengan pendirian saya, saya tetap nak awak. Saya sangat bodoh tau wak. Kalau boleh saya tak nak langsung hilang awak. Awak tahu tak? Saya sangatttttt sakittttt sekarang. Hati saya rasa macam kena tembak dengan senapang bertubi-tubi. Air mata saya mengalir dan terus mengalir, dan tidak berhenti. Saya baling phone saya. Saya baling gambar awak. Saya ingat kembali kenangan saya bersama awak*ade ke?*, saya ingat kembali bila awak nak get back dgn saya. Waktu tu saya sangat.........., hati saya gembira sangat tapi saya cuba untuk menyembunyikan. Tetapi itu semua lakonan awak kan :')

Tapi sekarang semua dah lain. Saya dengan kehidupan saya, awak dengan kehidupan awak. Sekarang saya susah nak percaya kata-kata lelaki hanya disebabkan awak. Tapi saya terus menjadi seorang wanita yang kuat, ramai kawan-kawan saya memberi sokong untuk saya terus bangkit. Yeahh, dan kini saya cuba untuk melupakan awak. 

 Kadang-kadang saya rasa saya ni sangat bodoh sebab jatuh cinta dengan seorang lelaki playboy. Cinta itu memang buta. Cinta telah butakan mata aku. Cinta itu tidak kejam tapi awak je yang kejam sanggup awak lukakan hati seorang perempuan macam saya. 

 Pasni awak boleh lah cari perempuan yang lebih baik, cantik, comel dari saya k? Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Saya cuma kena bertahan lalui semua cabaran dan dugaan ini seorang diri tanpa mengharapkan orang lain. Nanti kalau kita jumpa, buat-buat lah tak kenal okay awak.  
Maybe lepas ni saya akan lebih berhati-hati dengan lelaki. Entah lah, susah sekarang nak percaya lelaki dah. Sangat menyakit kan hati. Lepas ni saya kena jual mahal sikit *jeling* Haha. K saya dah takboleh sedih, haihh tak macho lah saya nanti :p 

Saya Happy tanpa Awak Iskandar Zulkarnain ;)


To Aliff Putra Harith kau handsome , eh ? puas Aliff ?
aku dah puji nie *angkat kening* :p









Rindu.

Rindu.

Tu je yang saya mampu update skng .
Maaf buat gambar awak mcm ni .
Loveyou .

cried .


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis
 hanya kerana seorang lelaki? 
Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta
 bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,
 tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, 
dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys,
 kalau seorang perempuan menangis kerana anda, 
janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.
 Beradalah disisi dia, menemani dia, 
kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
 janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.
 Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys,
 jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada
 seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. 
Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama,
 tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..


Lelaki Kasanova .


1. Di awal perkenalan, Ciri Lelaki Kasanova menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit Ciri Lelaki Kasanova akan menunjukkan taringnya.

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.

3. Ciri Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.

4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa. 

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu. Tetapi dia memang peramah dengan semua orang.
8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya, hati kata tidak.

P/S : Iskandar , harap awak tak macam nie . Harap ~


memahami kata2 wanita .



Sememangnya , wanita ni memang amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka untuk menyampaikan sesuatu secara terus-terang dan mereka inginkan seseorang lelaki faham akan dirinya . Yeah , that's right ! Jadi , setiap kata-kata seseorang wanita ni pasti ada rahsia yang tersembunyi di sebalik celahan-celahan giginya . Yucks ! haha . Eh betul apa ?! Apa makna disebalik setiap patah kata yang terkeluworr dari mulut wanita ini ? Jom teliti.


(1) Fine!- Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine! ? Kebiasaannya , para wanita yang meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikan perdebatan yang sedang berlaku . Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini , seharusnya lelaki perlu untuk memberikan ruang supaya mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian. hehh ~


(2) 5 minit- Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap , korang korang yang lelaki ni perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam . haha . Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita , terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang . So , harap bersabar lah menunggu kami-kami ni bersiap ye , cik abang . HEE :)


(3) Takda apa-apa- Apabila wanita menyatakan seperti ini , ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan . haha . So , lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya. Be gentle lah !


(4) Sukahatila (nada sinis)- Apabila wanita menyatakan sukahatila , ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu . Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka . Hati-hati lah ya !


(5) Whatever!!- Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakana bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”


(6) Takpe, saya ok- Apabila wanita meluahkan kata-kata ini , ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda . Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian , mempunyai masa depan yang cerah , dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula. Ada paham ? hehe .


(7) Hmm .Dah agak dah- Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali . Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda. Haa siapa suruh ulang kesalahan yang sama kan ? Hambekk ! haha :)



truth :)


Kebenaran......... Kadang-kadang kebenaran boleh membawa seribu makna dalam kehidupan seseorang. Kebenaran tentang sesuatu perkara yang baru diketahui. Kadang-kadang kebenaran yang terbongkar boleh memberikan kebahagiaan tapi boleh juga memberikan kesedihan, kehancuran, kesengsaraan, kebencian dan bermacam-macam 'ke' lagi lah.....

Kadang kadang ada kebenaran yang ingin kita ketahui, namun ada juga dalam sesetengah perkara yang kita sendiri mahu sembunyikan tentang kebenaran tersebut. Bergantung pada situasi atau pada perkara yang melibatkan kebenaran tersebut..

Sekali kebenaran terbongkar, tak mungkin lagi untuk disembunyikan lagi. Kadang-kadang ia boleh membawa kebahagiaan bila kebenaran itu berpihak pada kita. Namun jika kebenaran yang terbongkar itu bukan berpihak pada kita, hanya kehancuran serta kedukaan yang bakal muncul dan menghantui hidup seseorang tersebut....

Tah apa yang aku melalut kat atas tu.. cuma nak cakap yang aku baru sahaja menemukan suatu kebenaran yang selama ini tersimpan kemas oleh dia. Atas kecuaian diri sendiri akhirnya semua kebenaran yang selama ini tersembunyi, terbongkar hanya dalam sekelip mata sahaja. Aku pun tak pasti sama ada kebenaran yang aku bongkar tu adalah sesuatu yang perlu atau hanya menyusahkan hidup aku. Kalau aku tak bongkar dan ketahui tentang kebenaran tersebut......aku akan terus terusan diperbodohkan tanpa aku sedari. Tapi bila kebenaran yang terbongkar tu teramat menyakitkan hati ini, terasa lebih baik aku tak perlu tahu langsung akan kebenaran tersebut.... Tah lah, aku sendiri pun tak pasti.... Namun yang pasti semuanya kini sudah jelas lagi terang.....

Terasa dunia aku gelap, tiada arah tujuan yang pasti.... Selama ni aku ada tujuan dan matlamat hidup yang jelas tersemat dalam fikiran ni. Namun, bila semuanya sudah jelas tentang apa yang sedang berlaku dalam hubungan ni semua matlamat dan hala tuju hidup padam dengan serta merta. Yang tinggal hanya rasa hampa dan kecewa. Umpama usaha yang di tabur selama ini hanya lah sia-sia belaka. Baru kini aku tahu erti keperitan tentang kebenaran yang melukakan hati....... Aku tahu tiada yang mampu mengubah kebenaran tersebut, dan aku sendiri tak mungkin akan menerima dengan seadanya. Cukup lah selama ini aku perbodohkan diri sendiri tanpa mengetahui tentang kebenaran tersebut, kini bila semua nya jelas tak perlu lagi untuk aku terus terusan di perbodohkan atau memperbodohkan diri sendiri demi orang yang sememangnya selama ini sanggup mempermainkan hati dan perasaan ini......

Bila diri sendiri pun tak pasti dengan hati serta perasaan sendiri, jangan lah sesekali mengharapkan hati lain untuk memahaminya. Biarlah hati sendiri betul-betul pasti dengan perasaan sendiri dahulu sebelum mengharapkan hati dan perasaan orang lain untuk terima dan menyayangi kita... 


-SayaRinduAwak-



Sabar ? ada had ke ? :)


Assalamualaikum :)
Okay peeps, this time aku nak membebel pasal sabar.
Korang yang betul-betul kenal aku, memang tahu kan aku bukan orang yang sabar sangat. Sabar sangat? Eh aku rasa aku memang tak sabar langsung kot.
Aku pantang tunggu orang kalau orang lambat.
Aku memang buat muka nak bagi penampar kalau ada benda yang aku tak puas hati.
Selalu jugak, aku main sembur je kalau aku bengang.
Cakap belakang-belakang, memang takyah cerita lah kan.
Pernah jugak aku tumbuk dinding sebab tak boleh sabar punya pasal.
Tapi pastu menyesal lah, sebab sakit wooo tangan lepas tumbuk dinding.
Takcaye, try lah sekali tengok.

Hmm cukup la itu je contoh yang aku boleh bagi.
Persoalan sekarang, bukan aku nak bukak pekung di dada (cewah, main peribahasa pulak) pasal ketidaksabaran aku, tapi aku nak bawa korang pikir dan renungkan sikit pasal sabar ni.

Kita selalu dengar, "sabar ada had".
Selalu dengar kan?
Kat TV dalam drama selalu cakap.
Kadang-kadang kalau kita tengah marah pun selalu jugak keluar ayat tu kan.
Jadi benda tu dah jadi macam satu kebiasaan pada kita.
Pada aku dulu, memang sabar itu ada had.
Maknanya kalau kita diuji, sampai satu tahap tu kita akan jadi hilang kesabaran sikit sebab ujian tu dah melebihi kita punya limit kesabaran.
Kan sabar tu ada had? (macam orang kata tu).

Apa-apa pun, persepsi aku tentang had kesabaran ni mula berubah sikit sejak aku dengar satu ayat ni daripada seorang kawan aku (yang dia cakap dia dengar daripada orng lain jugak).

Bunyi dia camni,
 "Kita selalu dengar orang cakap sabar ada hadnya. Sebenarnya, sabar tu  takda had".



Apesal aku selalu dengar orang cakap sabar ada had? Orang yang baik pun kadang-kadang ada jugak cakap yg sabar diorang ada had.

Lepas aku pikir-pikirkan balik, memang betul jugak apa yang kawan aku cakap tu.
Sebenarnya memang kesabaran tu takde had.
Sapa kita untuk tetapkan had sabar?
Sebagai hamba Allah, kita memang sentiasa kena sabar.
Bila dapat ujian drpd-Nya, kita memang wajib bersabar. Wajib okay!!!

Bagi aku, nak jadi orang yang sabar, memang payah.
Bagi aku la. Bagi orang lain aku taktahu la cam mane.
Bagi aku bukan senang woo nak control nafsu especially nafsu marah.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."

Pergh bapak best camtu. Dengar macam senang kan.
Kalau kita bersabar, pahala kita akan disempurnakan tanpa terkira.
Tapi tu la, nak dapatkan ganjaran tu kita kena jadi sabar.
Bukan senang nak dapat ganjaran tu, kena sabar dulu baru dapat.

Aku tau aku memang bukan orang yang sabar.
Tapi aku pun nak jugak jadi orang yang disempurnakan pahala dengan tidak terkira tu.

So marilah kita semua belajar jadi orang yang sabar.
Memang tak senang nak jadi sabar, tapi at least kita cuba untuk jadi hamba yang sabar.
Aku nak berusaha jadi orang yang lebih bersabar la pasni.
Aku harap korang doa-doakan lah aku ni jadi orang yang sabar sikit.

Jangan cabar kesabaran orang lain demi kepentingan sendiri. Sebagai manusia biasa, sabar kita pun ada tahapnya kan. Memanglah bagus kita tahan je sabar je dengan apa yang orang buat kat kita tapi kalau makin kita sabar makin pijak kepala pulak orang tu... Memang dasar takboleh bagi muka! Susah juga tu. Jadi, yang terbaik, jangan menduga kesabaran orang lain. Tak mustahil nanti ada jugak yang dapat pelempang turbo free. Hahahha.

Aku nak bagi dakwah macam ustaz-ustaz, or ustazah-ustazah tu aku memang tak reti lah.
Tapi kali ni aku nak share je apa yang aku rasa mungkin bermanfaat untuk kita.


Kalau ada apa-apa yang silap ke, apa ke, tegur lah. Jangan nak kutuk belakang je. Hehe.


12



kenapa semua yang celaka mesti berlaku bulan nie ? kenapa ? why ? and I wonder why its always be on me . keep asking :( . no answer ? great !
Naahhhh , perkataan Bullshit memaki diri sendiri terasa amat sesuat untuk diri aku sekarang !
aku tak larat nak jeng jeng beban kat bahu ne . terasa berat sangat ! sentap ~
masalah datang sekaligus mengaggu diri yang memang dah serba lemah dan tak berdaya nie .
phone mati sendiri dan setia menunggu tuanya mengsend kan ke kedai service :)
sang laptop yang hampir 3tahun setengah start mengada + gedik !
memang mintak makan kaki . eehhhhhhh ! pergi matilah lah . geram ni . *BIG SIGH .
phone . aptop . life . Me . Sucks.
damn on it . i just can't feel the beautiful of life .
This year . This month . Bad dream ever .

beribu masaah datang menyerang tiba-tiba . Hebat .
apa yang aku dapat simpulkan tentang diri sendiri adalah .....
aku penat . penat dlm tersirat sejuta makna .


kau fikir banyak sgt . kau runsing dengan serabut kan otak . kaau mcm ni, lama-lama boeh mati . - someone-


ikutkan sangat perasaan , sekarang dah menyusahkan dan membebankan diri . apa nak jadi ? what do you expect ? me totally fine ? yeah ! damn it , serious i can't .
ohh masalah , tolong lah pergo cepat sebelum aku bertindak agresif dgn memakan buah rambutan beracun .
Apa maksud dengan segala petunjukMu Ya Allah ?
Bodohnya aku kalau menolak segala ketentuanMu Ya Allah . hebat ujianMu . Redha .
Tersenyum daam kesyukuran yang amat mashyur luar biasa .

Budak kepala simen nie terlalu takut ditinggalkan terkapai tanpa genggaman Si Bella beliau . 
ohh , teralu jiwang karat bukan ? ohh abaikan . :)