Best friend Lelaki ? best apeee :D



Haii. Apamacam blog saya? Cantik en? Simple en? *angkat kening*
Btw saya happy sangatttttt. Saya dah dapat lupakan si dia yang langsung tak faham perasaan saya. Takpelah saya faham, maybe dia malu nak minta maaf kot. Ahh nevermind lah!

Kawan lelaki ke kawan perempuan?

Okay saya pilih kawan lelaki. Mereka banyak tolong saya ketika saya kesusahan, mereka beri nasihat dekat saya. Kawan perempuan? Ahh langsung tak bagi sokongan pun dekat saya. Mereka cakap "Sabar lynaa sabar" Saya dah muak dah dengar perkataan tu. Kawan lelaki saya lebih memahami saya, sebab perangai saya pun macam ala ala gangster sikit. Lulz. Dekat sekolah saya rapat dengan kawan lelaki saya jugak, lepak pun saya lepak dengan kawan lelaki saya. Kawan perempuan? Waktu saya perlukan mereka, mereka hilang begitu saja. Waktu saya tak perlukan mereka, mereka ada je disisi saya. Weird -.- 

Sebab?

Sebab kawan lelaki saya lebih menyimpan rahsia saya dengan baik sekali, mereka langsung tak sebar sebarkan rahsia saya. Peribahasa "biar pecah diperut, jangan pecah dimulut" memang sesuai sangat jika lelaki yang pakai. Mengikut pengalaman saya sendiri, memberitahu rahsia kepada kawan lelaki adalah lebih selamat daripada memberitahu kepada kawan perempuan. Perempuan ni, kalau dah bergaduh sikit mulalah buka segala pekung didada dia dan kawan sekali. Kekononnya nak balas dendamlah tu tapi perjanjian RAHSIA tidak dipatuhi.

"Awak tolong simpan rahsia kita tau. Jangan kasi tahu dekat siapa - siapa, kalau tak kita putus kawan serta merta rahsia terbongkar. Meh sini kait jari kelingking."

Mereka tidak akan cuba mencuri lelaki yang anda suka.

Lelaki curi lelaki yang anda suka? What the what? Kalau ada pun berlaku sayang, itu dah kes luar biasa dan dia adalah gay. Buat apa dia nak curi kalau tiada perasaan yang sama seperti awak suka dekat lelaki tu kan? Banyaknya persoalan yang saya ajukan. Korang jawablah sendiri.

Mereka bukannya talam dua muka.

Semestinyalah dia bukannya kawan yang bermuka talam. Jarang tau kalau kita berkawan dengan lelaki, mereka muka bertalam-talam. Bayangkan kalau cerita sesuatu dan tetiba kawan lelaki kita tu buat aksi 'rolling eyes', awak rasa nak tampar dia 'on the spot' masa tu atau tidak? Mesti ragu-ragu kan? Lelaki ni kalau dah berkawan dengan wanita, dia akan baik sebaik baiknya. Jika jahat, awak terimalah nasib awak masa tu. Dia nak tegur pun taknak, apatah lagi nak berkawan. Lainlah kalau perempuan, dia masih boleh berpura-pura dan menjadi pelakon wanita terbaik dalam satu masa.

Mereka akan menjadi 'kayu' sokongan jika kamu disakiti.

"Awak, si Lily Tutt tu kacau sayalah. Dia cakap saya suka dengan Bob Tutt padahal saya mana suka dengan Bob Tutt pun. Lepas tu dia sebarkan dekat kawan-kawan lain dan mereka mula ejek saya. Saya malulah awak, saya malu."

Awww, sebagai kawan baik yang gagah lagi macho, memang dia akan tolong awak masa tu jugak. Dia mungkin akan 'face to face' dengan orang yang berani-berani kacau/sakitkan awak pada masa itu tanpa perlu tunggu konco-konco taik kucing. Kalau kawan perempuan, mesti mereka akan kecoh dulu ramai-ramai lepastu tak berani nak serang sorang-sorang. ( Amalan tumbuk menumbuk dan gejala samseng adalah dilarang sama sekali ) Lol.

Kawan baik lelaki adalah paling baik kerana mereka akan tanpa segan silu kasi pinjam baju sejuk ( sweatshirt ) mereka jika kita dalam kesejukan. Ini bukan bermaksud dia buka baju dan korang terus berpeluk, bukan. Bukan itu yang saya maksudkan. Korang jangan nak fikir jauh sangat.

DAN mereka mungkin jatuh cinta kepada anda!

Haaaaaa, yang inilah yang perempuan dan lelaki cuba elakkan dalam satu hubungan bernama SAHABAT BAIK. "Disini telah datang, sayang paling dalam........" petikan lirik Kejoraku Bersatu dendangan Search. Mustahil jika lelaki dan perempuan sudah menjadi kawan baik, salah seorang takda perasaan lebih dari kawan. Mustahil okay. Kalau tak lelaki ada perasaan macam tu, perempuan pula yang ada.

Tapi jangan risau, kalau dah bukan jodoh korang untuk berkasih-kasihan, tak akan jadi masalah pun untuk bersahabatkan. Ramai je perempuan dan lelaki jadi kawan baik dan diorang kekal sampai sekarang. Bernasib baik sangat kalau kawan baik tu jadi laki dan korang masih lagi seperti kawan baik masa sebelum nikah. So sweet kencing manis potong kaki kalau bayangkan. Gatal.

Betul tak yang perempuan lebih suka berkawan baik dengan lelaki daripada berkawan dengan perempuan? Kesimpulannya, ini terpulang kepada anda sendiri. Ada yang selesa, ada yang tak selesa. Janji kita jaga batas diantara lelaki dan perempuan je. No touching touching uols.


Hewhew .



Cinta? Ada apa dengan cinta. Ceh
Siapa kenal Ahmad Aidil Redzuan? Tak kenal? Ok..... Nak tahu macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia? Nak tak?! Weh nak tak?! *pegang microphone*

Nak tahu macam mana aku boleh jumpa dengan dia?
Aku masuk choral speaking. Helloo!! Aku masuk C + H + O +R  +A + L + S  +P + E +A +K + I + N + G *muka berlagak* Nak tahu tak? waktu tu aku terjumpa sorang mamat ni dekat pertandingan choral speaking tu. Aku pandang mamat tu, argh cairnyaaaaaa weh~ Rasa nak cubit pipi mamat tu. Comel gila, tapi aku lagi comel. Pastu sekolah tu tengah buat persembahan... Mata aku tak habis-habis usha mamat tu. Gatal jugak aku ni. Aku berangan, kan best kalau aku dapat couple dengan mamat tu *lap air liur*

Aku bagitahu lah dekat kawan aku..... (perbualan)
 Me: "weh, cuba kau tengok mamat yang tengah berdiri tu"
kawan: "oh, asal dengan dia?"
Me: "Aku minat dia doe, kan best kalau aku dapat tahu nama dia."
kawan: "Nama dia aidil kot, aku rasa lah"

Mamat yang aku minat tu nama dia Aidil. Balik je dari pertandingan choral speaking tu. *cari laptop* *bukak facebook* pastu aku search nama Aidil. Perghh, ramainya nama Aidil. Waktu tu aku dah giveup gila weh, sedihnya :( Tapi aku tetap tak putus asa!! Aku search (Mohamad Aidil, Muhamad Aidil, Muhammad Aidil) semua tak jumpa! Stress pun ada. Last sekali, aku search (Ahmad Aidil) YESSSS!!! AKHIRNYA AKU JUMPA FB DIA! Happy gila aku waktu tu. Dah jumpa fb dia. Nak add dia ke tak? Banyak persoalan yang berada di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja. Otak kata jangan hati pula kata ya. *singing* Last last, aku buat keputusan dan keputusan aku muktamad. Aku add dia.... Berapa jam kemudian, dia approve aku. Dan pabila kau approve aku di fb, ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo~  Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku.

Pastu, aku berusaha lagi nak cari twitter dia. Well, aku mana active sangat buka facebook ni. Aku stalk fb dia sampai aku dapat jumpa link twitter dia. Yes, akhirnya dapat jugak twitter dia! Usaha aku selama ini berhasil. Aku follow dia, cinta di burung biru~
Aku berusaha nak tegur dia dekat twitter tapi tapi aku malu. Aku mention dia, dia pun  balas, aku malu nak balas. Okay lah aku ringkas kan cerita ini....

Aku ada kenal dengan sorang minah ni, nama dia Siti Sarah. Dia lah yang buat cinta aku tidak bertepuk sebelah tangan. Aku berbual dengan Siti. Pastu dia bagitahu dia sekolah sekali dgn Aidil. So maknanya dia kenal lah dengan Aidil tu, Omg omg omg. Tiap-tiap hari aku suruh Siti tu kirim salam dekat Aidil. Gatal tak aku? Gatal kan? Aku tahu... Akhirnyaaaaaaaaa! Aidil mention aku. Happynya aku waktu, rasa nak bunuh diri pun ada. Happynya, adakah ini cinta? Dia DM aku, dia minta number aku. Dan mula lah percintaan antara aku dengan dia.

15.07.2012 pada pukul 11.34 am - Dia telah melamar aku. Akhirnya, usaha aku selama ni nak dapatkan dia berhasil, alhamdulillah. Tak salah pun sebenarnya perempuan yang mulakan, tak salah pun :3

:')



Hello.
This time, i don't think it's gonna be too emotional entry but kinda sad but not sad *like seriously lynaa?* Haha. Actually, aku tak sepatutnya update entry yang sebegini rupa tapi aku tak dapat tahan. Aku kena luahkan jugak. Kat sape aku nak luahkan? Semestinya blog. Aku tak boleh cerita masalah aku kat kawan-kawan, bukan sebab diorang tak support. Cuma, aku taknak nanti aku makin stress. So, what's just happened? Aku pun taktahu nak luahkan atau tak. Tapi.... hm.... entahlah. Aku rasa.... Aku dah berubah ke?

To all my friends yang concern (especially yang pernah rapat)

Aku rindu masa dulu dulu. Seriously. Bila aku tengok gambar-gambar lama, aku rindu. Aku simpan. Aku tak tahu. Mungkin korang tengok aku ni cepat lupa kawan atau busy dengan kawan kawan lain. Tapi, aku sebenarnya, tak pernah lupakan korang. korang tetap kawan aku. Mungkin kau pandang aku sebelah mata. Mungkin kau nak cakap aku ni pendiam sangat. Itu adalah life aku. Tapi, walau mcm mana pun aku, benda tu aku tolak tepi, friend comes first.
Mungkin aku tak reti berkawan. Aku mungkin tak boleh ada time korang happy, ke sana ke mari bersama kawan kawan lain. Tapi, ingatlah, aku akan ada masa korang susah. Itu aku. Itu jenis aku berkawan. Bila korang tengah happy, tengah gembira, aku tengok korang dari jauh. Aku pergi cari kegembiraan aku sendiri. Tapi bila korang susah dan korang perlukan seseorang, aku akan ada disisi korang secara volunteer. Aku tak kesah.
Aku mungkin bukan satu daripada good friend or best friend korang. Aku akui, hidup aku tenggelam timbul, tenggelam timbul. Tapi ingat lah, aku ada tanggungjawab aku sebagai kawan kepada kawan yang lain. Dan aku ada tanggungjawab lain selain kawan, iaitu family. 
Setiap memori yang kita pernah lalui dulu, masa dulu-dulu yang mana korang jaga aku, ke sana ke mari bersama, lepak sampai malam buta sama sama, benda tu sikit aku tak pernah lupa kan. 0.1% pun tak pernah aku abaikan. Setiap masa aku rindukan korang. Cuma mungkin 24jam tu adalah sangat terhad bagi aku. Maaf.